Posts

Hi

Pejam celik pejam celik sudah 7 bulan aku kerja cikgu ni. 😫 entahlah apa kemajuan. yang penting perbezaan kerja dari 2017-2018 sangatlah jauh..  Tapi tahun lepas..  apa yang aku minta dekat Allah.. Allah bagi..  Aku mintak dekat Allah untuk dekatkan aku kepadaNYA..  dan DIA hantar aku menjadi Ustazah di sekolah ni..  Tiap2 hari bukak buku agama.. Belajar dan ajar murid pasal agama.. alhamdulillahh ..  ok lah .. itu sahaja.. Penat lah menaip.. 😂

Belajar bercakap

Rasa macam mo menulis balik. Sebab mcm sejak akhir2 ni ketandusan kata2.. 😭 Apakahh iniii

New journey.

Assalamualaikum.. Sekarang ni dah bulan ke-3 aku di bumi selangor. demi mencari semangat yang hilang, ku bulatkan tekad untuk mencuba sesuatu yang lari jauh dari bidang yang aku belajar sewaktu degree dulu.  Uniknya, bila lagi mo dapat pengalaman sebegini kalau bukan join kursus ni.  Aku jumpa banyak jenis orang.. customer yang baik hati manis muka, customer yang muka kerek macam mo kena sepak, customer yang suara slow terpaksa buka telinga luas-luas, customer yang marah sebab order lambat siap..  Aku bersyukur jugak dapat staff yang baik, yang dengar kata, tapi kadang nda dengar kata.. yang boleh disuruh bersihkan itu ini.. yang kadang sopan tapi kadang macam kurang ajar.. nasib boleh disepak sebab adik-adik.. tapi banyak jugak aku belajar dari dorang, sebab dorang kerja dah lama.. so banyak benda yang dorang tau.. sepatutnya dorang yang jadi manager, bukan aku.. hmmm..  Kerja senang kalau tau flow.. kerja susah kalau xtau and malas belajar.. semu...

Halo.

Image
if u a biscuit, what kind of biscuit u wanna be.. begitu lah soalannya yang tiba-tiba ja muncul,  jawapan yang muncul.. ofcoz oreo.. nda pun cream o.. terlupa chipsmore (-..-) now, aku dalam fasa mencari.. mencari sesuatu yang ngam dengan jiwaku.. aku sebenarnya ndatau apa yang aku mau.. apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ni..  kerja apa yang aku mau.. aku betul-betul ndatau suda.. dulu aku pernah menjadikan pendakwa syarie sebagai kerjaya pilihan.. cakap pasal kerjaya pilihan, aku juga pernah berhasrat untuk menjadi tentera.. sekarang aku ndatau mau jadi apa..  (-_-) apa yang aku tau aku mau, aku mau duit.. muahahaha.. tempat baru, kawan baru. baju baru. tudung lama.

Kisah duka JPJ ku..

Assalamualaikum~ yahoo.. post pertama tahun ini hahaa..  Seminggu lepas aku baru dapat lesen P. finally kan.. Aku amik ujian JPJ dua kali. First time tu, gagal dekat jalan luar.. sebabnya.. ahhh benci lah kalau fikir balik sebabnya tu.. sebab nda pakai seatbelt ja.. ha ko tengok, bila kau jauh dari Allah, benda kecik pun kau boleh lupa.. walaupun salah sendiri, tapi aku tetap mo salahkan itu JPJ, cuba lah dia kasi ingat aku.. dapat jugak jimat rm100 beserta rm6 gst.. Kali kedua tu, aku rasa aku terer suda bawak kereta memandangkan kereta tu nda mati di jalan.. hahaha.. masalahnya aku bawak macam ular itu kereta.. pedulilah macam ular, yang penting kekal dalam laluan.. :P  Terimakasih tuan, kerana meluluskan saya.. (>.<) Di  Lahad datu, ada dua tempat boleh amik lesen, tapi dengar kata di tempat yang satu tu mahal lebih kurang dalam 300-400.. tapi dekat dengan Bandar LD, pastu jalan pun okay.. tidak berbukit bukau macam dekat tempat aku amik lese...

Tiada masa..

assalamualaikum. dan hai! banyak omong kosong yang aku taip dekat word untuk di muat naik dalam blog ni.. tapi bila aku baca balik.. kejadah aku taip bendalah yang bikin malu dan menjatuhkan imej ni.. dan dengan pantas aku mendeletekan bait-bait kata itu agar tenang lah hati aku. dulu time habis study, aku pernah berhasrat untuk gigih aktif dalam dunia blog.. tapi, sampai ke saat ini.. kegigihan itu umpama debu yang berterbangan. hakikatnya, aku bizi dalam dunia drama dan variety show korea. sehinggakan aku tidak mampu menaip apapun dalam blog ini lantaran ketiadaan masa. masa? Demi masa.. sesungguhnya manusia kerugian.. melainkan yang beriman dan yang beramal soleh.. tetiba lagu tu bermain-main dalam kepala aku. Alangkah ruginya aku. Hmmm.  

Ahjusshi katanya...

Image
Di suatu malam yang tenang, sewaktu aku sedang khusyuk menanda paper ujian form5, ditemani dengan video suju yang mendendangkan lagu fevret aku. Adik lelaki aku duduk sebelah, sambil menggeleng-gelengkan kepala.. Apalah kakak ni.. minat dengan kumpulan ni.. pacik-pacik ba suda ni.. manada pacik-pacik.. baru 30 ba dorang ni.. nahh.. pacik lah ba sda tu.. kahkahkah dengan pandangan tajam, aku pukul dia sekuat hati dalam kepala aku ni. hahaha. kurang ajar punya adik. berani dia kutuk super junior aku.. :'(

Kampung Cina..

Image
Assalamualaikum.  Pada satu hari yang ntah bila, kami bertiga, tanpa tidak disengaja, terlawat kampung cina yang terletak cuma bersebelah dengan tujuan asal kami,  iaitu pasar payang.. banyak lorong yang kami belum pegi,  sebab apa tah.. I tak ingat dah.. siapa-siapa yang datang terengganu, kena datang pegi tempat ni.. tempat ni memang best.. banyak gambar-gambar menarik kat dinding.. payung banyak gantung-gantung.. kasut pun gantung-gantung.. ada perigi.. dan banyak lagi..  sesuai untuk kaki gila bergambar.. tangan gila gambar pun blehhh..  hei ahchong, wa tengah cakap sama lu ni.. lu pndg sana apasall..  p/s : insyaallah, konvo nanti kalau ada masa, bleh round-round kasi habis..

Taman Monumen, Terengganu..

Image
Assalamualaikum.. Terengganu, Aku rindu. Cehh.. Ayat.. hahaha! Bila dah habis belajar ni, banyak sungguh lah yang bermain di kepala ni.. sekejap mo sambung belajar, sekejap mo kerja,, sekejap mo duduk rumah goyang kaki.. Last-last aku merajinkan diri menaip di blog yang baru ada header ni.. berbalik kepada tajuk entri.. salah satu tempat yang aku mo pergi dekat terengganu ni adalah taman monumen.. dan alhamdulillah, dapat jugak lah aku pegi di saat-saat akhir aku di terengganu.. sehari sebelum fly balik sabah, aku menjejakkan kaki ke dalam TAMAN MONUMEN.. dapat tengok replika masjid-masjid di seluruh dunia..terimakasih kawan-kawan sudi temankan.. :)) dan juga sanggup korbankan rm20 tuk bayaran masuk per person.. heee.. Bayar Rm55 tuk naek ni.. Basikal 6 roda.. ada lain pilihan lagi.. memandangkan aku nda pandai bawak basikal, aku laju-laju suggest sewa ni.. kikiki Masjidil haram.. Pedih mata bergambar hadap matahari..  ini Ku...

Aku Rajin..

Image
Assalamualaikum. usai menonton the return of superman.. sekadar menghilangkan kerinduan kepada triplets yang too much adorable, saya membuka mukabuku.. skroll skroll.. gambar kawen yang banyak.. belum tambah lagi yang tunang.. ohh then saya teringat umur saya.. 24 tahun.. mesti lah penuh dengan gambar-gambar begitu.. nanti 3 4 tahun.. penuh dengan gambar budak-budak plak kan.. hohohoho.. ada banyak cerita yang sebenarnya yang saya mo taip disini.. tapi rasa macam basi plak.. tapi, saya rasa macam mo muatnaik disini jugak.. nanti lah d entri seterusnya.. -_- Daehan Minguk Manse! 

aku malas.

assalamualaikum.. aku malas.  semua benda malas. satu ja aku rajin. layan cerita korea. oh ya, ada satu cerita korea baru yang best.. BLOOD.. cerita pasal vampire.. baru 4 episod.. ok lahh itu ja.

Fiqh Awlawiyyat, yang mana lebih utama?

Image
Bismillah..  Assalamualaikum. kat bawah ni merupakan salah satu assignment yang ditugaskan oleh lecturer bagi subjek FIQH AWLAWIYYAT. atau dalam bahasa melayunya, FIQH KEUTAMAAN. dalam subjek ni, akan dibincangkan mana yang lebih awla antara dua. atau dalam erti kata lain, mana yang lebih utama. sebagai contoh, mana yang lebih  awla di antara solat berjemaah ataupun memperbaharui wudhuk? bila kita masuk masjid atau surau dan kita masih ada wudhuk, adalah lebih awla bagi kita untuk join solat jemaah tu berbanding perbaharui wudhuk.. banyak lagi lah isu-isu yang dibincangkan dalam fiqh awla ni. ada buku bahasa melayu yang diterjemahkan dari kitab karangan syeikh yusuf alqaradhawi.. tajuknya, Fiqh keutamaan..  p/s : ada dua assignment lagi belum siap. adoii. 

Parah Korea..

Image
Seperti biasa, malam-malam begini aku cuma membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. antaranya ialah, menonton cerita korea sama ada cerita dalam laptop atau tengok running man online menggunakan wifi yang disediakan oleh pihak U, membuka youtube lantas mencari lagu-lagu best koreaa.. bak kata sorang kawan aku, aku  sudah parah sebab korea. -,-  Namun begitu,  aku masih tidak melupakan tugasku sebagai seorang pelajar. aku masih rajin menghadiri setiap kelas yang diadakan dengan kehadiran yang membanggakan. malah, aku sangat menyukai subjek-subjek semester ini, disertakan dengan lecturerII yang sangat best-best sekali. Memandangkan aku sudah kehabisan ayat, perkenalkan boyfriend baru aku yang baru terjumpa dalam drama Master's sun.. SO JI SUB.. >_<  kawan aku cakap, dia ni mcm orang tua sda.. kurang ajar betul.. rasa mo sekeh2  kepala dorang.. walaupun hakikatnya memang betul sebab dia mo dekat 40 sda.. bahahaha

Sem Last.

Assalamualaikumm. Berada di Semester terakhir, Membuatkan aku rasa Kosong, Sebab apa?  Banyak Sebab.. Banyak benda yang bermain di kepalaku.. Ingin melangkah kembali ke masa lalu, mengutip waktu-waktu yang aku tinggalkan, Sayangnya, itu mustahil, kerana masa itu sudah lama berlalu.. Perancangan itu ada, Kekuatan tiada.. Bila kekuatan tiba-tiba ada, halangan dari sana sini tiba-tiba menerpa.. Bila fikiran kacau diganggu bermacam benda, ini lah hasilnya, tulisan yang bercampur macam benda, sampai baca sendiri pun aku tidak faham apa sebenarnya. HAHA. <-- ketawa paksa.

Sepetang bersama Hafiz.. Sehari Bersama Adik-adik..

Image
#CERITA 1 Assalamualaikum..  Cuti Midsem baru-baru ni, kami kenal dengan sorang kawan kepada kawan kami.. atas sebab yang tidak dapat dielakkan.. dia terpaksa balik ke sarawak.. and kawan dia sorang plak bizi..  so dia titipkan kawan dia ni.. tuk bawak jalan-jalan..  Masjid Kristal! Sempat jemaah maghrib di sini~  Ain ngan Epi.. Model Tembam Pipi sebab sakit gusi..  Posing.. ICT Kuala Terengganu.. Ini lah dia, Hafiz.. Pelancong dari USIM.. Budak Sarawak.. Muda setahun dari kami berempat.. -,- Masa tak banyak, so kami cuma mampu bawak dia pegi masjid kristal, ICT, Pantai Batu Buruk.. pastu makan dekat NR..  p/s : yeayy, ada kawan baru..  #CERITA 2 Baru-baru ni, join satu program dekat rumah anak yatim.. umur budak-budak yang join tu dari 13-19 tahun.. Kami jadi fasi.. So, aku ngan epi sekumpulan, grup kami.. Geng Kapak.. Budak-budak ni tanya pendapat sal nama tu, so kami cakap lah try cari nama Isla...

Ada yang lagi penting..

Assalamualaikum. Lebih kurang sebulan beberapa hari ja lagi, sem ni akan tamat. dan aku sangat lah tidak sabar untuk pulang ke rumah memandangkan aku berasa sangat.. hmm.. sangat apa tah..  pernah ustaz bercerita dalam kelas, seorang engineer ni nampak adk dia belajar bahasa arab, so dia pun tertarik tuk belajar dalam arab. so, selama 6 bulan dia pulun berabis ni belajar bahasa arab. sampai tahap expert dh bab nahu ni. dia belajar sampai ke tahap yang paling tinggi. dalam masa 6 BULAN SAHAJA. pastu apa yang jadi? dia gila. n then mati. so, apa sebenarnya yang saya nak cakap ni.. mo cakapnya disini, otak kita ni ada limit tau, jangan paksa sangat.. kalo tak boleh, rest jap.. belajar sejam rest 10 minit.. macam tu lah, jangan paksa sangat, nanti boleh jadi gila..  Bila ustaz cakap sal belajar sejam, rehat 10 minit tu.. adoii.. macam terbalik dengan cara aku skang.. bahahah! belajar 10 minit, rehatnya berjam2.. (-____-) Maafkan saya otak!  Fb.. heboh sal war...

Sepetang Bersama Borneo..

Image
Assalamualaikum. Di tengah kesibukan yang betul-betul sibuk ni, dan adakalanya kesibukan itu sengaja dicipta sendiri, aku cuba mencuri masa untuk mengupdate blog kesayangan ini. Alkisahnya begini, Isnin lepas, aku join satu program yang dianjurkan oleh persatuan borneo di U aku ni.. Program santai-santai di pantai teluk ketapang..  Lepas solat asar.. Grup PatheraBorneo.. Zarith, Zarifah, Aiman, Min, Mai (dibelakang aku), Aku, Ephie..  Ni game second.. cari gula-gula.. time ni minun yang ambk bahagian. bukan dia yg ambk, tp kami paksa dia. bahaha!  memilih ayam yang besar..  p/s : kebanyakan gambar tu muka-muka aku ngan kawan-kawan ja kan. haha! video kat atas tu, salah sorang pelajar borneo yang rajin buat.. gambar lain banyak di sana. gambar kami kurang disitu. (-__-) Okbai ~~  sambung buat keja..

Jatuh Cinta..

Image
Assalamualaikum..  Ketika berjalan-jalan meronda ronda di laman sesawang mukabuku, ternampak satu video yang dikongsi oleh anak kedua dalam familyku.. Tajuk yang menarik membuatkan aku tertarik untuk menekan play.. Intipati kuliah yang sangat berkesan di hati, penyampaian yang selamba tetapi cukup menyegarkan jiwa-jiwa yang dahagakan ilmu, bahasa yang ringkas tetapi menyenangkan telinga yang mendengar..  Ini video yang aku maksudkan.. -Jom jatuh cinta mendengar kuliah agama bersama-sama :-)

Sekayu.. Mu Tunggu Boneo Mari..

Image
Assalamualaikum..  Sebagaimana tajuk entri, begitu lah tajuk program yang kami join itu hari. di samping menghayati keindahan alam ciptaanNya, Merasai kesejukan air terjun, berkenal-kenalan dengan warga borneo yang datang dari UMT, IPG and Marsis, kmi juga ada aktiviti utama, aktiviti explorace.. xplorace simple yang mengajar sebuah erti kerjasama dan toleransi.. ha gituu ayaatt.. xplorace ni kami dibahagikan mengikut kumpulan, dan aku sekumpulan dengan ain, clare, doris and miche.. 3 sabahan, 2 sarawakian.. 2 muslim and 3 non-muslim, 2 unisza, 3 umt, 4 23ys, 1 22ys.. satu yang sama.. apa dia? 1 malaysia! ahaha!  Tidak ketinggalan, aktiviti wajib.. ambik gambar ofcozzz! Bas mula bergerak meninggalkan unisza..  mainan mata..  dah 47 orang mati kat sini.. air deras, bahaya.. tapi.. ada dua kelompok yang mandi manda kat sini tanpa mempedulikan signboard besarr tu.. misi menghabiskan air dalam tu..  my grup.. onde-onde!...