Kisah duka JPJ ku..

Assalamualaikum~

yahoo.. post pertama tahun ini hahaa.. 

Seminggu lepas aku baru dapat lesen P. finally kan..

Aku amik ujian JPJ dua kali. First time tu, gagal dekat jalan luar.. sebabnya.. ahhh benci lah kalau fikir balik sebabnya tu.. sebab nda pakai seatbelt ja.. ha ko tengok, bila kau jauh dari Allah, benda kecik pun kau boleh lupa.. walaupun salah sendiri, tapi aku tetap mo salahkan itu JPJ, cuba lah dia kasi ingat aku.. dapat jugak jimat rm100 beserta rm6 gst..

Kali kedua tu, aku rasa aku terer suda bawak kereta memandangkan kereta tu nda mati di jalan.. hahaha.. masalahnya aku bawak macam ular itu kereta.. pedulilah macam ular, yang penting kekal dalam laluan.. :P  Terimakasih tuan, kerana meluluskan saya.. (>.<)

Di  Lahad datu, ada dua tempat boleh amik lesen, tapi dengar kata di tempat yang satu tu mahal lebih kurang dalam 300-400.. tapi dekat dengan Bandar LD, pastu jalan pun okay.. tidak berbukit bukau macam dekat tempat aku amik lesen ni..

Tempat aku amik lesen ni namanya selasih ria.. Jalan punya laa haii.. naik bukit turun bukit.. naik lagi turun lagi.. kompius aku kenapa lah dibuat disitu.. tapi cikgu aku cakap, jalan begini lah bagus.. supaya terer jalan sesukar begini.. jadi nanti naik bukit ndalah kau terkejut..

Satu yang aku nda puas hati, sterengnya gilaaaa.. punya keras.. biasa belajar pakai kereta yang lembut ja sterengnya.. skali kau ujian dengan test.. menangis ba memutar.. hahaha..

Apapun, aku sudah berjaya, mo beli kereta lah lepasnih.. apa kereta yang best?


Over  ja kan..maka  kerja pun belum.. hahahahaha! 

Comments

Popular posts from this blog

Kopitiam..

Entri Khas..

Arabic broken..