Ada yang lagi penting..

Assalamualaikum.

Lebih kurang sebulan beberapa hari ja lagi, sem ni akan tamat. dan aku sangat lah tidak sabar untuk pulang ke rumah memandangkan aku berasa sangat.. hmm.. sangat apa tah.. 

pernah ustaz bercerita dalam kelas, seorang engineer ni nampak adk dia belajar bahasa arab, so dia pun tertarik tuk belajar dalam arab. so, selama 6 bulan dia pulun berabis ni belajar bahasa arab. sampai tahap expert dh bab nahu ni. dia belajar sampai ke tahap yang paling tinggi. dalam masa 6 BULAN SAHAJA. pastu apa yang jadi? dia gila. n then mati. so, apa sebenarnya yang saya nak cakap ni.. mo cakapnya disini, otak kita ni ada limit tau, jangan paksa sangat.. kalo tak boleh, rest jap.. belajar sejam rest 10 minit.. macam tu lah, jangan paksa sangat, nanti boleh jadi gila.. 

Bila ustaz cakap sal belajar sejam, rehat 10 minit tu.. adoii.. macam terbalik dengan cara aku skang.. bahahah! belajar 10 minit, rehatnya berjam2.. (-____-) Maafkan saya otak! 

Fb.. heboh sal wardina tegur ustaz don.. sebab wardina share video yg dari npd.. aku sebenarnya taktau nak cakap camana.. sebabnya, aku akui npd tu mmg banyak sangat ilmunya, so.. semua yang dia cakap tu ada betulnya dan ada salahnya.. aku pun xpasti, sebab aku pun di peringkat bawah masih.. cuma mungkin caranya yang agak melebih-lebih.. 

sebenarnya, banyak persoalan laen yang takda khilaf yang perlu diselesaikan dalam masyarakat. bab dadah, bab arak, gejala sosial, budak-budak semakin buruk akhlaknya, benda ni yang perlu dibincangkan dalam masyarakat.. kau nak bawak isu pasal khilaf agama, kesalahan ustaz tu, pastu post ke Fb, orang baca.. orang yang baru nak belajar agama ni, tambah keliru.. ehhh islam ni betul ke tak.. kenapa orang ni cakap lain tu cakap lain.. kenapa banyak sangat ajaran dalam islam.. benda ni yang kau bawa masuk bincang ke dalam masyarakat yang tahap pendidikan agama dorang tu pelbagai, pasti akan tambah mengelirukan mereka.. pastu kau bagi contoh, dialog-dialog yang bikin panas bagi orang yang membaca.. 

medium bagi orang yang bijak macam kau, ada persoalan.. kaji sendiri, rujuk kitab tu kitab ni.. bukak bidang lain jugak, takpun, masuk U balik, amk kos syariah, dah grad, amk plak kos usul, dah grad, amk lagi kos dakwah.. dah grad semua, amk lagi master, sambung ke phd.. berkembang sket otak tu..and sampaikan secara berhemah dekat ustaz selebriti yang kau tujukan.. ORANG BERILMU, ada caranya kan.. Tapi, untuk menjadi pakar, kau tak boleh belajar semua bidang, mesti ada satu bidang yang kau fokus.. 

Dah lah, tu je.. lama tak menaip panjang-panjang dengan isi kosong macamni.. wahahaha.. babaii! 


Comments

  1. Tadi ada terbaca..

    "Hal2 agama ni kita ada pakar dia. Ulama'.. Kita yg jahil patutnya senyap2 dah la"

    And yeah.. Aku setuju dgn entry kau..

    ReplyDelete
  2. betul sangat la tu.. kak na belajar sejam.. facebook, instagram, wechat, whatsapp dua jam.. haha..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arabic broken..

Kisah duka JPJ ku..

Hi