Sunday, 7 August 2016

Halo.

if u a biscuit, what kind of biscuit u wanna be..

begitu lah soalannya yang tiba-tiba ja muncul,  jawapan yang muncul.. ofcoz oreo.. nda pun cream o.. terlupa chipsmore (-..-)

now, aku dalam fasa mencari.. mencari sesuatu yang ngam dengan jiwaku.. aku sebenarnya ndatau apa yang aku mau.. apa sebenarnya yang aku cari dalam hidup ni..  kerja apa yang aku mau.. aku betul-betul ndatau suda.. dulu aku pernah menjadikan pendakwa syarie sebagai kerjaya pilihan.. cakap pasal kerjaya pilihan, aku juga pernah berhasrat untuk menjadi tentera.. sekarang aku ndatau mau jadi apa..  (-_-)

apa yang aku tau aku mau, aku mau duit.. muahahaha..


tempat baru, kawan baru. baju baru. tudung lama.



Thursday, 17 March 2016

Kisah duka JPJ ku..

Assalamualaikum~

yahoo.. post pertama tahun ini hahaa.. 

Seminggu lepas aku baru dapat lesen P. finally kan..

Aku amik ujian JPJ dua kali. First time tu, gagal dekat jalan luar.. sebabnya.. ahhh benci lah kalau fikir balik sebabnya tu.. sebab nda pakai seatbelt ja.. ha ko tengok, bila kau jauh dari Allah, benda kecik pun kau boleh lupa.. walaupun salah sendiri, tapi aku tetap mo salahkan itu JPJ, cuba lah dia kasi ingat aku.. dapat jugak jimat rm100 beserta rm6 gst..

Kali kedua tu, aku rasa aku terer suda bawak kereta memandangkan kereta tu nda mati di jalan.. hahaha.. masalahnya aku bawak macam ular itu kereta.. pedulilah macam ular, yang penting kekal dalam laluan.. :P  Terimakasih tuan, kerana meluluskan saya.. (>.<)

Di  Lahad datu, ada dua tempat boleh amik lesen, tapi dengar kata di tempat yang satu tu mahal lebih kurang dalam 300-400.. tapi dekat dengan Bandar LD, pastu jalan pun okay.. tidak berbukit bukau macam dekat tempat aku amik lesen ni..

Tempat aku amik lesen ni namanya selasih ria.. Jalan punya laa haii.. naik bukit turun bukit.. naik lagi turun lagi.. kompius aku kenapa lah dibuat disitu.. tapi cikgu aku cakap, jalan begini lah bagus.. supaya terer jalan sesukar begini.. jadi nanti naik bukit ndalah kau terkejut..

Satu yang aku nda puas hati, sterengnya gilaaaa.. punya keras.. biasa belajar pakai kereta yang lembut ja sterengnya.. skali kau ujian dengan test.. menangis ba memutar.. hahaha..

Apapun, aku sudah berjaya, mo beli kereta lah lepasnih.. apa kereta yang best?


Over  ja kan..maka  kerja pun belum.. hahahahaha! 

Friday, 29 May 2015

Tiada masa..

assalamualaikum.

dan

hai!

banyak omong kosong yang aku taip dekat word untuk di muat naik dalam blog ni.. tapi bila aku baca balik.. kejadah aku taip bendalah yang bikin malu dan menjatuhkan imej ni.. dan dengan pantas aku mendeletekan bait-bait kata itu agar tenang lah hati aku.

dulu time habis study, aku pernah berhasrat untuk gigih aktif dalam dunia blog.. tapi, sampai ke saat ini.. kegigihan itu umpama debu yang berterbangan.

hakikatnya, aku bizi dalam dunia drama dan variety show korea. sehinggakan aku tidak mampu menaip apapun dalam blog ini lantaran ketiadaan masa.

masa?

Demi masa.. sesungguhnya manusia kerugian.. melainkan yang beriman dan yang beramal soleh..

tetiba lagu tu bermain-main dalam kepala aku.

Alangkah ruginya aku.

Hmmm.

 

Wednesday, 22 April 2015

Ahjusshi katanya...

Di suatu malam yang tenang, sewaktu aku sedang khusyuk menanda paper ujian form5, ditemani dengan video suju yang mendendangkan lagu fevret aku.

Adik lelaki aku duduk sebelah, sambil menggeleng-gelengkan kepala..

Apalah kakak ni.. minat dengan kumpulan ni.. pacik-pacik ba suda ni..

manada pacik-pacik.. baru 30 ba dorang ni..

nahh.. pacik lah ba sda tu.. kahkahkah

dengan pandangan tajam, aku pukul dia sekuat hati dalam kepala aku ni.

hahaha. kurang ajar punya adik. berani dia kutuk super junior aku.. :'(


Saturday, 28 March 2015

Kampung Cina..

Assalamualaikum. 
Pada satu hari yang ntah bila,
kami bertiga, tanpa tidak disengaja,
terlawat kampung cina yang terletak cuma bersebelah dengan tujuan asal kami, 
iaitu pasar payang..
banyak lorong yang kami belum pegi, 
sebab apa tah.. I tak ingat dah..

siapa-siapa yang datang terengganu, kena datang pegi tempat ni..
tempat ni memang best..
banyak gambar-gambar menarik kat dinding..
payung banyak gantung-gantung..
kasut pun gantung-gantung..
ada perigi..
dan banyak lagi.. 
sesuai untuk kaki gila bergambar..
tangan gila gambar pun blehhh.. 











hei ahchong, wa tengah cakap sama lu ni.. lu pndg sana apasall.. 

p/s : insyaallah, konvo nanti kalau ada masa, bleh round-round kasi habis..