Pensyarah..

Assalamualaikum.

Dengan berakhirnya kuliah Qawaid Usuliyyah tadi pagi, maka berakhirlah kuliah semester 6 ini. :’( sedihnya!!! Aku tak puas lagi belajar dengan Ustaz wan ngan ustaz hasan! :’( Aku tak puas lagi hafal Quran! Aku tak puas lagi blajar Law in Islam. Aku tak puas lagi blajar kewangan dalam Islam. Aku tak puas lagi mendengar kuliah dari lecturer-lecturer semester ni. :’(

Ustaz Wan, Slalu bagi kata-kata semangat yang membuatkan jiwa kita ni sentiasa membara dahagakan ilmu. Membuatkan kita sentiasa positif dengan diri kita. Membuatkan kita lebih menghargai apa yang kita ada..

Ustaz Hasan, selalu cakap sal adab.. seharusnya pelajar syariah macam ni macam ni.. walaupun pedas, tapi itu yang bagus.. sebab meninggalkan kesan di hati.. nasihat, kritikan, yang ustaz bagi menyentak hati, membuat kita sedar akan nilai diri..

Ustaz Azmi, ajar kami dari semester 3, so.. feeling tu rilek jer.. dan lecturer yang sporting.. ahhaha! “Kita nak berhenti kul bpe ni?” Hehehe..

Ustaz Faizol, tak sempat nak timba ilmu kewangan islam dengan banyaknya dari beliau. kadang-kadang tu menyesal gak tak focus. Apakan daya, mata ni selalu layu. Haihh. Penjelasan ustaz berkaitan sistem kewangan kita, tentang perbankan islam dan konvensional memang best, tapi tu lah.. ustaz terpaksa mengajar basic jer, tak mendalam sangat.. nak korek lebih dalam, kena amk semua subjek dalam kewangan islam. Takpun, jadi student Islamic finance..

Ustazah Kasimah, tak banyak boleh cakap.. sebab ustazah banyak dengar kami menghafal jer.. Just sem ni hafalan dia, ustazah agak strict sket.. tapi aritu test, bagi aku mudah lah berbanding dengan test hafazan juz 1 n 2 sebelum nih.. bentuk soalan dia best!

Panjang dah ni, k lah baibai.. 

p/s : hafal quran, bila-bila masa je kan bleh.. bukan stakat time ada kelas.. hmm, doakan saya semoga dipermudahkan menghafal!

Comments

  1. Best nye ema... boleh hafal quran...

    ReplyDelete
  2. semua dipermudahkan chip untuk hafal quran...

    seronok jugak kan belajar kos macam chip ni...

    ReplyDelete
  3. u can do it emma!!

    mesti lecturer tu semua best2 kan.. :)

    ReplyDelete
  4. seronoknya dpt menimba ilmu dr ustaz2 yg hebat & sporting kan...
    moga di permudahkan urusan sis utk terus menuntut ilmu ttg islam ni...:)

    ReplyDelete
  5. bertuah, beruntung dan seronoknya korang ada dalam suasana islam, kat upm ni sangat kurang TT memang kena cari sendiri.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Arabic broken..

Kisah duka JPJ ku..

Hi