Posts

Kampung Cina..

Image
Assalamualaikum.  Pada satu hari yang ntah bila, kami bertiga, tanpa tidak disengaja, terlawat kampung cina yang terletak cuma bersebelah dengan tujuan asal kami,  iaitu pasar payang.. banyak lorong yang kami belum pegi,  sebab apa tah.. I tak ingat dah.. siapa-siapa yang datang terengganu, kena datang pegi tempat ni.. tempat ni memang best.. banyak gambar-gambar menarik kat dinding.. payung banyak gantung-gantung.. kasut pun gantung-gantung.. ada perigi.. dan banyak lagi..  sesuai untuk kaki gila bergambar.. tangan gila gambar pun blehhh..  hei ahchong, wa tengah cakap sama lu ni.. lu pndg sana apasall..  p/s : insyaallah, konvo nanti kalau ada masa, bleh round-round kasi habis..

Taman Monumen, Terengganu..

Image
Assalamualaikum.. Terengganu, Aku rindu. Cehh.. Ayat.. hahaha! Bila dah habis belajar ni, banyak sungguh lah yang bermain di kepala ni.. sekejap mo sambung belajar, sekejap mo kerja,, sekejap mo duduk rumah goyang kaki.. Last-last aku merajinkan diri menaip di blog yang baru ada header ni.. berbalik kepada tajuk entri.. salah satu tempat yang aku mo pergi dekat terengganu ni adalah taman monumen.. dan alhamdulillah, dapat jugak lah aku pegi di saat-saat akhir aku di terengganu.. sehari sebelum fly balik sabah, aku menjejakkan kaki ke dalam TAMAN MONUMEN.. dapat tengok replika masjid-masjid di seluruh dunia..terimakasih kawan-kawan sudi temankan.. :)) dan juga sanggup korbankan rm20 tuk bayaran masuk per person.. heee.. Bayar Rm55 tuk naek ni.. Basikal 6 roda.. ada lain pilihan lagi.. memandangkan aku nda pandai bawak basikal, aku laju-laju suggest sewa ni.. kikiki Masjidil haram.. Pedih mata bergambar hadap matahari..  ini Ku...

Aku Rajin..

Image
Assalamualaikum. usai menonton the return of superman.. sekadar menghilangkan kerinduan kepada triplets yang too much adorable, saya membuka mukabuku.. skroll skroll.. gambar kawen yang banyak.. belum tambah lagi yang tunang.. ohh then saya teringat umur saya.. 24 tahun.. mesti lah penuh dengan gambar-gambar begitu.. nanti 3 4 tahun.. penuh dengan gambar budak-budak plak kan.. hohohoho.. ada banyak cerita yang sebenarnya yang saya mo taip disini.. tapi rasa macam basi plak.. tapi, saya rasa macam mo muatnaik disini jugak.. nanti lah d entri seterusnya.. -_- Daehan Minguk Manse! 

aku malas.

assalamualaikum.. aku malas.  semua benda malas. satu ja aku rajin. layan cerita korea. oh ya, ada satu cerita korea baru yang best.. BLOOD.. cerita pasal vampire.. baru 4 episod.. ok lahh itu ja.

Fiqh Awlawiyyat, yang mana lebih utama?

Image
Bismillah..  Assalamualaikum. kat bawah ni merupakan salah satu assignment yang ditugaskan oleh lecturer bagi subjek FIQH AWLAWIYYAT. atau dalam bahasa melayunya, FIQH KEUTAMAAN. dalam subjek ni, akan dibincangkan mana yang lebih awla antara dua. atau dalam erti kata lain, mana yang lebih utama. sebagai contoh, mana yang lebih  awla di antara solat berjemaah ataupun memperbaharui wudhuk? bila kita masuk masjid atau surau dan kita masih ada wudhuk, adalah lebih awla bagi kita untuk join solat jemaah tu berbanding perbaharui wudhuk.. banyak lagi lah isu-isu yang dibincangkan dalam fiqh awla ni. ada buku bahasa melayu yang diterjemahkan dari kitab karangan syeikh yusuf alqaradhawi.. tajuknya, Fiqh keutamaan..  p/s : ada dua assignment lagi belum siap. adoii. 

Parah Korea..

Image
Seperti biasa, malam-malam begini aku cuma membuang masa dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah. antaranya ialah, menonton cerita korea sama ada cerita dalam laptop atau tengok running man online menggunakan wifi yang disediakan oleh pihak U, membuka youtube lantas mencari lagu-lagu best koreaa.. bak kata sorang kawan aku, aku  sudah parah sebab korea. -,-  Namun begitu,  aku masih tidak melupakan tugasku sebagai seorang pelajar. aku masih rajin menghadiri setiap kelas yang diadakan dengan kehadiran yang membanggakan. malah, aku sangat menyukai subjek-subjek semester ini, disertakan dengan lecturerII yang sangat best-best sekali. Memandangkan aku sudah kehabisan ayat, perkenalkan boyfriend baru aku yang baru terjumpa dalam drama Master's sun.. SO JI SUB.. >_<  kawan aku cakap, dia ni mcm orang tua sda.. kurang ajar betul.. rasa mo sekeh2  kepala dorang.. walaupun hakikatnya memang betul sebab dia mo dekat 40 sda.. bahahaha

Sem Last.

Assalamualaikumm. Berada di Semester terakhir, Membuatkan aku rasa Kosong, Sebab apa?  Banyak Sebab.. Banyak benda yang bermain di kepalaku.. Ingin melangkah kembali ke masa lalu, mengutip waktu-waktu yang aku tinggalkan, Sayangnya, itu mustahil, kerana masa itu sudah lama berlalu.. Perancangan itu ada, Kekuatan tiada.. Bila kekuatan tiba-tiba ada, halangan dari sana sini tiba-tiba menerpa.. Bila fikiran kacau diganggu bermacam benda, ini lah hasilnya, tulisan yang bercampur macam benda, sampai baca sendiri pun aku tidak faham apa sebenarnya. HAHA. <-- ketawa paksa.