Pelajar Zaman Sekarang I

Assalamualaikum.

Menjadi seorang pendidik bukanlah satu tugas yang mudah. Ianya satu tugas yang memerlukan kesabaran yang tinggi. dan jiwa yang besar. 

Sepanjang aku menjadi seorang guru disini.. entah berapa pelajar suda yang kena dengan tanganku.. setiap kali aku mulakan pdp.. aku niat dalam hati.. 'ema, harini cuba bertenang sepanjang hari.. walaupun pelajar bising sampai gegar tu sekolah, walaupun pelajar biadap, walaupun pelajar tidak buat kerja sekolah.. jangan naik tangan! tenang tarik nafas dalam- dalam.. " begitulah niatku boleh dikatakan setiap hari..

tapi sudah tentu aku gagal.. Aku tidak tau la kenapaa.. sejak aku jadi cikgu ni, aku tidak pandai kawal marah.. umpama syaitan selalu mencucuk api kemarahanku.. 😠😠 

aku pernah keluar kelas .. 2 kali.. kelas yang sama.. Sebab aku tidak tahan dengan tindakan mereka yang agak biadap.. baik pelajar P  ataupun L.. Biadap yang aku maksudkan disini adalah tidak mendengar arahan.. buku cuma di atas meja dan mereka sibuk bercerita.. berkali aku ingatkan suruh diam..  Tapi.. mereka cuma diam kalau aku berjalan di tepi mereka.. aku berjalan di depan, di belakang bising..  aku berjalan di belakang, di depan bising.. bayangkan dalam masa sejam, 5 soalan ja pun tidak siap.. 

Dan sekarang.. di bulan-bulan terakhir sekolah ini, aku melihat diri aku menjadi semakin tenang.. aku cuba sedaya upaya untuk menunjukkan contoh yang baik.. dengan cuba tidak meninggikan suara.. marah secara berhikmah.. 

haaaa semoga kekal la kaann.. 


rindulah mo belajar balik.. 😋



Comments

  1. tahniah ema dah jadi guru. pekerjaan mulia itu kan.

    okla tu, dari banyak kelas hanya satu ja yang tak serasi lagi.

    mungkin boleh cuba lagi. all the best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq kakk.. setiap hari kak sy mencuba.. semoga menjadi guru yg lebih baik utk anak murid..

      Delete
  2. WOW...kau dah jadi guru rupanya ema..lama tak baca blog ni la jadinya..haha..tahniah..bukan senang nak jadi cikgu..salute..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hi

Arabic broken..